Home Terkini PM terima kunjungan panglima baru, tegaskan tiada kompromi rasuah

PM terima kunjungan panglima baru, tegaskan tiada kompromi rasuah

4
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. 📷 PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara perlu diperkukuh melalui tahap profesionalisme, akauntabiliti, dan integriti yang tinggi dalam setiap lapisan operasi.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Darat yang baru, Azhan Md Othman, bagi membincangkan peranan strategik pasukan itu sebagai benteng pertahanan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. 📷 PMO

Ini merupakan kunjungan hormat pertama Azhan sejak dilantik ke jawatan itu baru-baru ini.

“Saya menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata, sebaliknya mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi,” kata Anwar menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. 📷 PMO

Dalam pertemuan tersebut, Anwar turut menyentuh mengenai cabaran semasa termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh menjejaskan imej institusi pertahanan tersebut.

Dia memberi amaran bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran amanah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. 📷 PMO

Tegasnya, ketelusan dan keberanian diperlukan untuk membersihkan segala kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kerajaan Madani akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya lagi.