Home Nasional PM terima anugerah tertinggi Kerajaan Kosovo

PM terima anugerah tertinggi Kerajaan Kosovo

6
0
Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu menyampaikan anugerah tertinggi kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Bangunan Perdana Putra di sini. 📸 PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima penghormatan tertinggi Kosovo iaitu ‘Order of Independence’, satu lagi pengiktirafan antarabangsa diberikan kepada Malaysia.

Anugerah berprestij itu adalah penghormatan awam tertinggi dikurniakan Kosovo kepada individu yang memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan negara berkenaan.

Anugerah itu disampaikan Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Bangunan Perdana Putra di sini.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, penganugerahan itu mengiktiraf sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap kedaulatan Kosovo serta pembangunan pasca kemerdekaannya, selain komitmen teguh Perdana Menteri dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Osmani juga akan menganugerahkan Order of Independence secara ‘anumerta’ kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia sebagai penghargaan atas kepemimpinan Allahyarham semasa tempoh penting dalam sejarah Kosovo.

Di bawah kepemimpinan Abdullah, Malaysia menjadi antara negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here