Home Kes Nenek kena rogol, lelaki warga asing kena reman

Nenek kena rogol, lelaki warga asing kena reman

20
0
Tangkap layar kes nenek yang dirogol warga asing yang meminta berhati-hati dengan kehadiran mereka

SEPANG – Lelaki warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes samun dan rogol seorang warga emas di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sepang bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun sama.

“Mangsa kini berada di rumah selepas selesai melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian 7 malam Khamis lepas, mangsa berusia 71 tahun sedang menunggu lif di kondominium yang didudukinya sebelum suspek datang dari belakang dan menariknya ke tangga lalu merogolnya di situ.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki warga asing ditahan bersama dompet dan telefon bimbit milik mangsa, selepas mangsa membuat laporan mendakwa disamun dan dirogol oleh suspek yang berusia lingkungan 25 tahun dan bekerja di sebuah restoran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here