Home Terkini Bantuan SARA diperluas merangkumi makanan sejuk beku: PM

Bantuan SARA diperluas merangkumi makanan sejuk beku: PM

1
0
Anwar hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari Kompleks F pada 9 Feb 2026. šŸ“· FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua merangkumi makanan sejuk beku selain barangan asas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat berikutan permintaan orang ramai supaya ketegori barangan asas itu turut ditambah kepada barangan sejuk beku.

Beliau berkata penglibatanĀ kedai runcit kecil yang menyertai program SARA turut ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir tahun iniĀ dengan jarak capaian kedai dikurangkan dalam lingkungan tujuh kilometer (km) berbandingĀ 10 kmĀ pada masa ini.

Anwar hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari Kompleks F pada 9 Feb 2026. šŸ“· FB Anwar Ibrahim

ā€œDulu ada masalah kerana kita boleh beli (gunakan SARA)Ā di kedai-kedai besar, jadi sekarangĀ kita gunakan 10,000 kedai runcit, belilah dari 10,000 kedai runcit di seluruh negara.

ā€œDengan demikian kita boleh kembangkan kegiatannya menyeluruh ke peringkat yang serendah mungkin,ā€ katanya ketikaĀ berucap padaĀ Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian PerpaduanĀ NegaraĀ di sini hari ini.

Anwar berkata di bawah SARAĀ untuk Semua, seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atasĀ akan menerima RM100 melalui MyKad yang mula disalurkanĀ hari ini.

Anwar hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari Kompleks F pada 9 Feb 2026. šŸ“· FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkataĀ walaupun nilai sumbangan diberikan melalui SARA untuk Semua adalah kecil, ia dapat membantu memberi kelegaan kepada kos sara hidup rakyat, selain merancakkan perbelanjaan domestik.

Anwar berkata SARA untuk Semua diberikan secara individu dan bukannya isi rumah.

ā€œMaknanya, isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua anak dewasa akan dapat RM400. Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadahĀ puasa di bulan Ramadan,ā€ katanya.

Anwar hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari Kompleks F pada 9 Feb 2026. šŸ“· FB Anwar Ibrahim

Anwar berkataĀ SARA untuk Semua dapat dilaksanakan buat kaliĀ keduaĀ hasil reformasi fiskal yang membawa kepada penjimatanĀ dan dapat diagih semula untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

ā€œApa yang saya nak tekankan di sini iaitu kalau negara aman dan stabil, kemudian kita tumpu ke arah pembangunan negara dan rakyat, tidak mungkin saya fikir ini semua (bantuan kerajaan) kalau ekonomi kita tidak memberikan hasil yang lumayan ataupun ekonomi itu tidak segar.

ā€œJadi ini semua berkaitan…daripada politik yang stabil dan memusatkan dalam kegiatan ekonomi.Ā Isu asas, persoalan ekonomi teras serta dasar yang tepat,Ā kemudian baru boleh menarik penglibatan pelabur asing.

Anwar hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari Kompleks F pada 9 Feb 2026. šŸ“· FB Anwar Ibrahim

ā€œKemudian melatih anak-anak supaya ada keterampilan dalam bidang-bidang yang tidak dikuasai sebelumnya.Ā Semua ini harus kita fikirkan. Kalau ini semua (ada) baru kita dapat berikan hasil kepada rakyat,ā€ katanya.

Lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa dapat memanfaatkan kreditĀ one-offĀ RM100 SARA untuk Semua yang sah digunakan bermula 9 Feb 2026 sehingga 31 Disember 2026.