Home Nasional Undangan sampaikan ucapan di Shangri-La Dialogue satu penghormatan buat Malaysia – PM

Undangan sampaikan ucapan di Shangri-La Dialogue satu penghormatan buat Malaysia – PM

58
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), Sir John Miguel Warwick Chipman di pejabatnya di Putrajaya pada 4 April 2025. 📸 Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah menerima undangan untuk memberikan ucapan khas sewaktu Shangri-La Dialoge 2025 yang akan diadakan pada 31 Mei 2025 nanti di Singapura.

Menerusi hantaran di Facebook, undangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), Sir John Miguel Warwick Chipman kepada Perdana Menteri semasa kunjungan hormat beliau kepada Anwar di pejabat Perdana Menteri di sini baru-baru ini.

Anwar berkata, justeru undangan ini merupakan suatu penghargaan kepada negara yang menterjemah pengiktirafan dunia terhadap peranan penting Malaysia sekali gus suatu penghargaan ini merupakan suatu bentuk kejayaan Malaysia yang dihormati dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), Sir John Miguel Warwick Chipman di pejabatnya di Putrajaya pada 4 April 2025. 📸 Facebook Anwar Ibrahim

Pada pertemuan itu, Sir John Chipman menyatakan kekaguman akan peranan Malaysia dalam menyuarakan kepentingan sejagat serta ketegasan dalam hal-hal terkait situasi di Asia Barat.

Menurut hantaran itu lagi, Perdana Menteri berkata, antara yang dibincangkan sewaktu kunjungan tersebut ialah hal ehwal geo-strategik serantau terkait keselamatan secara menyeluruh merangkumi aspek pertahanan, ekonomi, sosial, tenaga, kecerdasan buatan, pusat data serta keselamatan siber.

“Saya berkongsi aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 yakni keutamaan adalah agar rantau ini aman, stabil dan makmur supaya rakyat di negara ASEAN dapat bergerak seiring ke hadapan.

“Selain kepentingan hubungan akrab dengan pelbagai negara sebagai kunci utama mewujud hubungan diplomatik yang utuh dalam berhadapan pelbagai cabaran global yang dinamik,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), Sir John Miguel Warwick Chipman di pejabatnya di Putrajaya pada 4 April 2025. 📸 Facebook Anwar Ibrahim

“IISS-Asia melihat peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 amat penting serta hala tuju yang digerakkan pada tahun ini memberikan impak bukan sahaja kepada rantau Asia Pasifik, malahan ia mendapat perhatian dunia.

“Malaysia turut diundang untuk berperanan dalam IISS Manama Dialoge 2025 pada Oktober kelak,” katanya.

Dialog tersebut akan berlangsung di ibu negara Bahrain itu dengan penyertaan ramai pemimpin negara, peneraju industri serta ahli politik dan ekonomi dari seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here