Home Global Trump sah hadir ke KL sempena Sidang Kemuncak Asean – PM

Trump sah hadir ke KL sempena Sidang Kemuncak Asean – PM

43
0
Anwar ketika membentangkan RMK 13 di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung Oktober ini.

Trump memaklumkan perkara tersebut ketika menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu panggilan telefon pada pukul 6.50 pagi tadi.

Dalam panggilan itu juga, Anwar dan Trump turut sempat membincangkan soal tarif.

Anwar ketika membentangkan RMK 13 di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

“Atas semangat dan prinsip perdagangan bebas dan pelbagai siri rundingan yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak United States Trade Respresentative serta Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat.

“Setelah perbincangan itu berlaku dan beberapa penjelasan yang saya sampaikan, beliau memutuskan untuk menangguh pengumuman keesokannya

“Maka kadar tarif akan diumumkan esok. Diharapkan akan membantu dan tidak membebankan ekonomi kita,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.