JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan nilai dagangan berjumlah RM753 bilion sepanjang tahun lepas, dedah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han.
Beliau berkata angka itu merangkumi 29 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.
“Pencapaian ini bukan statistik semata-mata sebaliknya adalah bukti kepentingan Johor dan peranan penting yang dimainkannya dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.
“Johor komited mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan. Kita akan berterusan menambah baik infrastruktur dan memudahkan proses perundangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Greif Malaysia (Pasir Gudang), di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Greif Ole Rosgaard dan Ketua Eksekutif Invest Johor Natazha Harris.