Home Nasional Prakarsa (Inisiatif) PPR Harmoni Madani diharap dapat diperluas – PM

Prakarsa (Inisiatif) PPR Harmoni Madani diharap dapat diperluas – PM

28
0
Anwar melakukan gimik pecah tanah pembinaan projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor pada Sabtu. đŸ“¸ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap prakarsa (inisiatif) Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya dapat diperluaskan lagi dan menjadi contoh kepada projek perumahan lain dalam mengangkat serta menjulang kebajikan rakyat negara ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus komited dan melipatgandakan usaha membantu pihak dan golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Inisiatif itu sekali gus menggambarkan kerajaan tidak berlapang dada dan berada di zon selesa.

“Sebaliknya usaha membantu pihak dan golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama masih perlu terus dilakukan dan dilipatgandakan lagi.

Anwar bersalaman dengan rakyat yang hadir pada majlis pecah tanah pembinaan PRR Harmoni Madani Bestari Jaya di Kuala Selangor pada Sabtu. đŸ“¸ FB Anwar Ibrahim

“Ini kerana hal ehwal pendidikan, kesihatan dan perumahan menjadi agenda penting Kerajaan Madani demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran media sosial beliau, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Anwar, majlis pecah tanah yang disempurnakan hari ini adalah contoh bahawa nasib rakyat yang memerlukan seperti pekerja estet, tetap menjadi pertimbangan penting kerajaan.

“Program hari ini adalah contoh bahawa nasib rakyat yang memerlukan seperti pekerja estet, tetap menjadi jadual penting kerajaan bagi menaiktaraf kehidupan mereka ke tahap lebih baik dan selesa lagi.

PRR Harmoni Madani Bestari Jaya adalah projek kerjasama antara Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kerajaan Selangor, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB).

Kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM75 juta yang membabitkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta dan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM35 juta.

Tapak tanah berkeluasan 20 ekar itu disediakan secara percuma oleh Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB), manakala PR1MA dilantik sebagai agensi pelaksana bertanggungjawab merealisasikan projek berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here