Home Nasional PM tak buat rombakan kabinet ketika menteri sedang bercuti

PM tak buat rombakan kabinet ketika menteri sedang bercuti

19
0
Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menteri yang sedang bercuti tidak boleh digantikan melalui rombakan kabinet sehingga tempoh percutiannya berakhir.

Anwar mengulas isu surat peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dihantar pada 28 Mei susulan keputusan Pemilihan KEADILAN 2025 yang diadakan di Johor Bahru pada 23 Mei lalu.

“Mereka masih cuti, tidak boleh ganti orang masa tengah cuti,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini hari ini.

Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.

Terdahulu pada 28 Mei, Rafizi mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun depan dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.

Manakala Nik Nazmi mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa pada 4 Julai depan di mana akan mula bercuti mulai hari ini hingga 3 Julai.

Kedua-duanya tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden KEADILAN dan telah memaklumkan peletakan jawatan masing-masing pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here