Home Nasional PM seru rakyat kasihi, hormati sesama warga sempena Hari Wilayah Persekutuan

PM seru rakyat kasihi, hormati sesama warga sempena Hari Wilayah Persekutuan

33
0
Poster ucapan Anwar sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam laman Facebooknya hari ini, dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan serta tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara.

“Ini selaras dengan konsep MADANI yang menuntut kita semua untuk mengenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang,” katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat hari Wilayah Persekutuan buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang menyambutnya pada 1 Februari setiap tahun.

“Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here