Home Nasional PM sahkan kehadiran di Forum Ekonomi Dunia – WEF

PM sahkan kehadiran di Forum Ekonomi Dunia – WEF

36
0
Anwar dijangka menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 20 hingga 24 Januari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland yang dijadualkan bermula 20 Januari ini.

Menerusi hantaran di laman rasmi LinkedIn, WEF mengesahkan kehadiran Anwar mewakili Malaysia pada forum sedunia itu dari 20 hingga 24 Januari ini.

“Anwar Ibrahim, Perdana Menteri #Malaysia, akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland,” menurut hantaran itu.

Anwar dijangka menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 20 hingga 24 Januari ini.

Mesyuarat tahunan ke-55 yang bertemakan “Collaboration for the Intelligent Age”, dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Januari ini di Davos-Klosters.

Ia akan menghimpunkan pemimpin kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil untuk menangani cabaran global dan serantau yang mendesak.

Topik utama termasuk bertindak balas terhadap kejutan geopolitik, merangsang pertumbuhan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup dan membimbing peralihan tenaga yang adil dan inklusif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here