
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kira-kira 500 pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Angkasapuri di sini hari ini.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 6.55 petang disambut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan beberapa pengurusan tertinggi RTM.
Anwar kemudiannya meluangkan masa bersalaman bersama pengamal media dari pelbagai agensi sebelum melancarkan Buku Amanat Intergriti dan Tatakelola Malaysia MADANI.
Sebelum berbuka puasa, beliau menyampaikan sumbangan kepada 10 veteran media menerusi Tabung Kasih@HAWANA.
Ia bagi meringankan beban veteran media yang diuji dengan masalah kesihatan selain membantu persiapan menjelang Aidilfitri.