Home Ekonomi PM pengerusikan sesi libat urus bersama kapten industri China

PM pengerusikan sesi libat urus bersama kapten industri China

38
0
Anwar (tengah) mempengerusikan sesi libat urus bersama kapten industri dan syarikat-syarikat pelaburan dan teknologi di Shanghai. 📸 FB Anwar Ibrahim

SHANGHAI – Hari ketiga lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di China padat dengan sesi libat urus bersama 31 syarikat dan kapten industri.

Beliau memulakan harinya dengan Sesi Dialog bersama pelabur China termasuk Chengwei Capital dan NRL Capital, anjuran Khazanah Nasional Bhd.

Selain itu, Datuk Seri Anwar dijadual bermesyuarat bersama beberapa syarikat China dari sektor perbankan, tenaga dan kimia.

Anwar bersalaman dengan kapten dan wakil syarikat sebelum mempengerusikan sesi libat urus bersama kapten industri dan syarikat-syarikat pelaburan dan teknologi di Shanghai. 📸 FB Anwar Ibrahim

Ia melibatkan Bank of China, SinoChem, SICC Co, SEMCORP dan Zhejiang Jiahua Energy Chemical Industry Co.

Beliau juga bakal mengadakan sesi meja bulat dengan 24 kapten industri petang ini sebelum berlepas ke Beijing.

Pertemuan itu menumpukan usaha memberi skop peluang dan memberi maklumat tentang kepentingan Malaysia sebagai peneraju teknologi berinovasi di Asia Tenggara.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di peringkat global selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.

Jumlah perdagangan dengan China tahun lalu mencatat RM450.84 bilion, menyumbang 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here