Home Terkini PM enggan layan Tun M isu Pulau Batu Puteh

PM enggan layan Tun M isu Pulau Batu Puteh

31
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 24 Julai 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan kerajaan membuat pendakwaan dan membuktikan kesalahan beliau di mahkamah.

Ia susulan bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau tidak mahu sebarang bentuk imuniti daripada tindakan undang-undang oleh kerajaan sekiranya benar-benar didapati bersalah dalam isu Pulau Batu Puteh.

“Biarlah dia,” kata Perdana Menteri ketika ditanya pemberita berkenaan perkara tersebut pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia untuk dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar-benar didapati bersalah dalam isu Pulau Batu Puteh.

Kata, Anwar secara terbuka telah menjatuhkan hukuman ke atasnya di Dewan Rakyat berhubung isu kegagalan merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.

Anwar pada sesi Dewan Rakyat pada Selasa berkata, kerajaan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr. Mahathir susulan keputusan untuk tidak merayu tuntutan Pulau Batu Puteh ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Anwar dipetik sebagai berkata, mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan.