Home Ekonomi PM bertemu syarikat terkemuka di UK, bincang kerjasama JS-SEZ

PM bertemu syarikat terkemuka di UK, bincang kerjasama JS-SEZ

42
0
Anwar (tengah) ketika mengadakan sesi meja bulat bersama kapten industri di United Kingdom (UK) pada Khamis. 📸 FB Anwar Ibrahim

LONDON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliau ke United Kingdom (UK).

Salah satu mesyuarat tersebut adalah dengan Standard Chartered Bank (SCB) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.

Menurut para pegawai Malaysia, SCB sedang meneroka kemungkinan untuk kerjasama dengan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi memudahkan kemasukan perniagaan global ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Anwar (kanan) ketika mengadakan sesi pertemuan dua hala dengan pelabur terkemuka UK antaranya Standard Chartered UK di London pada Khamis. 📸 FB Anwar Ibrahim

Selain itu, Anwar turut bertemu dengan para pegawai daripada Jaguar Land Rover (JLR), Raw Energy dan Yondr yang mempunyai projek sedang dibangunkan di Taman Teknologi Sedenak di Johor.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri mesyuarat meja bulat dengan para pemimpin industri di UK yang disertai 53 pemain industri terkemuka daripada 30 syarikat dan organisasi.

Antaranya termasuklah Airbus UK, GKN Aerospace, British Malaysian Chamber of Commerce, Shell dan British Aerospace System (BAE System).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here