
HANOI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta di sebuah hotel, di sini.
Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali menyatakan sokongan terhadap penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN.
Sejak mencapai kemerdekaan dari Indonesia pada 2002, negara itu terus berusaha mendapatkan bantuan termasuk dari Malaysia dan pertemuan ini merupakan antara pengukuhan persefahaman erat antara Kuala Lumpur-Dili.

Terdahulu Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam.
Kedua-dua pertemuan itu menjadi program terawal lawatan kerja dua hari Anwar ke Vietnam yang tiba hari ini.
Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, esok.
Ini adalah kunjungan kali kedua Anwar ke Vietnam selepas lawatan rasmi pertama pada Julai 2023.