Home Agama Perkukuh pendidikan agama di sekolah bendung ajaran sesat – PM

Perkukuh pendidikan agama di sekolah bendung ajaran sesat – PM

3
0
Anwar sempat bersalaman bersama jemaah di Masjid al- Muttakin Putrajaya pada 15 Ogos 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan memperkukuh pendidikan agama di sekolah bagi membentengi akidah umat Islam daripada ancaman fahaman menyeleweng.

Beliau berkata, pendekatan baharu itu termasuk pendedahan kepada pengajian al-Quran dan Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi bagi semua pelajar Islam.

“Tengah hari tadi saya ke Surau Al-Muttaqin, Presint 5, untuk solat Jumaat.

“Khatib mengingatkan tentang gerakan-gerakan yang mengancam akidah umat. Usaha ini diharap dapat menyuburkan budaya ilmu serta melindungi anak-anak kita daripada ajaran sesat,” katanya di media sosial hari ini.