Home Global Pelancong China berenang dalam tangki air kondominium

Pelancong China berenang dalam tangki air kondominium

16
0
Seorang pelancong China dibawa turun dari tangki air. đŸ“¸ The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pelancong China yang memakai baju tidur terjun ke dalam tangki air di atas bumbung sebuah bangunan kondominium di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Pusat Radio Yayasan Sawang Boriboon di Pattaya menerima laporan tentang kejadian itu dan bekerjasama dengan polis serta agensi berkaitan yang melakukan siasatan.

Pelancong dikenali sebagai Mr. Q itu merupakan warga China berusia 26 tahun. Dia ditemukan anggota-anggota penyelamat terapung di dalam tangki setinggi dua tingkat dengan memakai baju tidur.

Anggota-anggota penyelamat membawa peralatan mereka ke atas bumbung dan menggunakan tangga serta tali untuk membawanya turun dalam operasi menyelamat lebih 30 minit.

Pada hari kejadian, dia naik ke tangki air dan terjun seolah-olah mahu berenang.

Pekerja kondominium menyedari keadaan itu dan memaklumkan kepada rakannya yang kemudian meminta bantuan.

Pada mulanya, polis mengumpul bukti dan menyemak rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti bagaimana pelancong itu boleh pergi ke lokasi kejadian.

Pelancong itu dihantar ke hospital untuk rawatan psikiatri dan pihak berkuasa akan menyiasat punca kejadian. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here