
KUALA LUMPUR – Pakar mata yang merawat mata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed meninggal dunia.
Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial beliau malam ini.
Dalam perkongsian itu, Perdana Menteri berkata Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya beliau mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.
âJasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan,â katanya.
Anwar turut mendoakan keluarga Dr Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah.