Home Nasional Nelayan terjejas pendapatan terima sumbangan daripada PM

Nelayan terjejas pendapatan terima sumbangan daripada PM

17
0
Ahmad Farhan ketika meninjau rumah nelayan yang uzur di Cherating, Kuantan pada Ahad. 📸 FB Ahmad Farhan Fauzi

KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan wang tunai kepada seorang nelayan di Pahang, bagi meringankan beban berikutan pendapatan yang terjejas akibat cuaca.

Sumbangan berbentuk wang tunai melalui siri ziarah MADANI itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Saluna Mat Jusoh iaitu isteri kepada seorang nelayan dikenali sebagai Hasim, di Kampung Cherating, Kuantan.

Selain tidak dapat mencari rezeki akibat cuaca yang tidak menentu, pendapatan Hasim sebagai nelayan sekitar RM1,000 sebulan menyebabkannya terpaksa menanggung bebanan kos sara hidup.

Ahmad Farhan dalam hantaran di laman X rasminya berkata, beliau dimaklumkan oleh Pegawai Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota mengenai keadaan rumah Hasim yang uzur dengan atap bocor, dinding mereput dan keadaan dapur yang daif menjadikan rumah itu bukan lagi tempat berteduh selesa buat keluarganya.

“Lantaran itu, saya hadir untuk menghulurkan harapan agar rumah Saluna sekeluarga dapat dibaik pulih agar ianya lebih selesa dan selamat untuk mereka sekeluarga.

“Besar harapan kami agar bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan buat Saluna dan keluarganya.

“Dalam negara MADANI, setiap rakyat berhak hidup dengan lebih selesa dan bermaruah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here