Home Kata Anda Menang sorak, ‘kampung’ sendiri tergadai ke Muhyiddin?

Menang sorak, ‘kampung’ sendiri tergadai ke Muhyiddin?

28
0
Kelibat Muhyiddin di Johor sendiri sudah cukup menjengkelkan kecuali di kawasannya di Pagoh tapi kenapa agaknya?

KATA ANDA – Tiada apa lagi boleh dikata melainkan Muhyiddin Yassin sudah tidak boleh diharap mengetuai Bersatu, malah Perikatan Nasional (PN) selepas kalah teruk di Dun Mahkota.

Berilah sejuta alasan sekalipun, jangan salahkan Azmin Ali yang tak reti apa-apa pasal Johor selain sibuk nak ‘tebuk atap’ kat Selangor.

“Insya-Allah, PN dan Bersatu khususnya akan bangkit semula dengan semangat yang lebih jitu untuk mencipta kemenangan di pentas demokrasi,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Sudah pastilah kemampuan Muhyiddin dan Sharudin Jamal di Johor dipersoalkan anggota parti sendiri ditambah lagi tiada apa yang dibanggakan sejak PRU ke-15 dalam kontes negeri Johor.

Naratif yang berlegar dalam kepala otak mereka ialah macam mana nak jadi perdana menteri semula bagi mengelakkan dikenakan hukuman atas kesalahan di mahkamah.

Ditambah lagi dengan kes menantu Muhamamd Adlan Berhan yang ‘hilang entah ke mana’ juga menghantui Muhyiddin dan jelas sekali dipersoalkan rakyat tentang integritinya sebagai pemimpin.

Janganlah berdolak-dalik cari dalih dan alasan sebab PMX makin lama makin popular di kalangan rakyat!

Lain kali carilah calon yang ‘berkaliber’ sikit bukannya main sumbat macam ‘coach’ entah apa-apa punya kemampuan berfikir!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here