Home Terkini MCA, MIC tiada tempat di hati rakyat, bakal dianggap ‘pengkhianat’

MCA, MIC tiada tempat di hati rakyat, bakal dianggap ‘pengkhianat’

17
0
Wee Ka Siong dan SA Vigneswaran akan dianggap ‘pengkhianat’ sekiranya meninggalkan BN dan menyertai PN tanpa sebarang jaminan perkongsian kuasa.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang manfaat sekiranya MCA dan MIC meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebaliknya mereka akan dianggap ‘pengkhianat’ perjuangan rakyat

Menurut penganalisis, kerjasama yang cuba dilaksanakan itu tidak memberi sebarang makna kerana kedua-dua parti itu menang atas tiket BN iaitu menerusi persefahaman politik dengan Umno selama ini.

“Mungkin ada yang berpandangan, MCA dan MIC tidak untung jika terus berada dalam BN tetapi sebaliknya apa jaminan PN (Perikatan Nasional) dari segi perkongsian kuasa termasuk pengagihan kerusi pilihan raya?

MCA dan MIC tidak boleh selamanya ‘menumpang’ kekuatan Umno sebaliknya mencari jalan memperkuatkan BN bagi menentang PN yang tidak Mampu menjadi kerajaan berkesan semasa 33 bulan.

“Saya fikir Ka Siong (Presiden MCA) dan Vignes (SA Vigneswaran) elok berbincang dengan Ahmad Zahid (Presiden Umno) apa saja perbalahan dalaman daripada menjadi ‘duri dalam daging’ pentadbiran kerajaan perpaduan,” kata Mohd Azizan.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali mengesahkan berlakunya perbincangan tidak rasmi antara gabungan itu dengan MCA dan MIC.

Azmin berkata, MCA dan MIC mengiktiraf dasar-dasar kerajaan PN terdahulu di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai adil dan mewakili segenap lapisan masyarakat di negara ini.

“Ya, pertemuan dan perbincangan tidak rasmi berlaku sebab mereka rakan-rakan kita,” katanya.

Apabila ditanya sama ada perbincangan tersebut boleh membawa kepada penyertaan parti-parti itu ke dalam PN, Azmin berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sedemikian.

Beliau bagaimanapun berkata: “Itu satu permulaan yang baik. Dari situ, kita akan cari titik permulaan untuk lihat kepentingan-kepentingan tadi dapat digabung menjadi satu penyelesaian yang terbaik untuk rakyat pada masa yang akan datang.”

Mohd Azizan turut berpesan kepada Azmin supaya ‘menyelesaikan kemelut dalaman Bersatu yang dilihat berkecamuk’ daripada sibuk ‘menyelesaikan’ masalah MCA dan MIC.