Home Ekonomi Malaysia tidak alami kemelesetan walaupun AS kenakan tarif – PM

Malaysia tidak alami kemelesetan walaupun AS kenakan tarif – PM

20
0
Perutusan khas yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi buat masa ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif.

Perdana Menteri menegaskan bahawa ekonomi negara kekal berdaya tahan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif balas.

Perutusan khas yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

“Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari sudut ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus perlu disemak semula.

Bagaimanapun, buat masa ini, saya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,” katanya dalam video yang menyentuh mengenai tarif AS itu disiarkan di Facebook hari ini.

Anwar berkata, asas makroekonomi negara kekal kukuh dan menjelaskan asas makroekonomi positif Malaysia disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, pelaburan domestik yang mantap, hasil pelancongan yang baik dan pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here