Home Global ‘Malaysia Negara Islam Maju’

‘Malaysia Negara Islam Maju’

46
0
Anwar mengadakan pertemuan bersama Timbalan Mufti Rusia Rushan Hazrat Abbyasov (dua, kiri). 📷 PMO

VLADIVOSTOK – Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia menerbitkan satu pandangan baharu:

“Rasa kagum yang mendalam tentang kepesatan perkembangan syiar Islam di Malaysia”.

Itu antara perkara yang disampaikan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Rushan Hazrat Abbyasof kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri di Hotel Far East Federal University, di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, perbincangan dua tokoh tersebut tertumpu kepada pelbagai bidang, termasuk perbankan Islam; latihan dan pembinaan kapasiti; dan pertukaran kemahiran.

Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok jam 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia). 📸 FB Anwar Ibrahim

Selain itu ia berkata, Rushan turut menzahirkan harapan untuk bekerjasama dengan pelbagai institusi di Malaysia, termasuk Universiti Islam Antarabangsa, Muzium Kesenian Islam, dan Bank Negara Malaysia.

“Rushan turut berkongsi sokongan Presiden Rusia, Vladimir Putin terhadap komuniti Muslim di Rusia, serta penghormatan mendalamnya terhadap agama Islam dan Al-Quran,” menurut kenyataan itu lagi.

Perdana Menteri ketika ini berada di Vladivostok sempena Forum Ekonomi Timur anjuran Yayasan Roscongress yang bermula pada 3 hingga 6 September.

Anwar dan delegasi Malaysia disambut pegawai kanan Rusia setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok jam 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia). 📸 FB Anwar Ibrahim

Sementara itu Perdana Menteri melalui laman media sosialnya turut berkongsi tentang kunjungan hormat dari Rais atau Ketua Republik Wilayah Tatarstan, Rusia, Rustam Minnikhanov.

“Pertemuan tersebut tentunya bagi meraikan persahabatan erat antara Malaysia dan Republik Tatarstan selain turut membincangkan pelbagai isu termasuk kerjasama dari segi ekonomi dengan pelabur-pelabur dari Tatarstan dan Mesyuarat Russia-Islamic World Strategic Vision Group.

“Saya juga mengambil peluang menerangkan hala tuju malaysia dalam beberapa bidang strategik berdasarkan polisi yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI termasuk bidang transformasi digital, peralihan tenaga, pelancongan dan keterjaminan makanan, katanya lagi.

Perdana Menteri berkata beliau berharap agar persahabatan akrab itu akan membawa manfaat yang terbaik buat Malaysia dan juga Tatarstan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here