Home Kes KPDN Perak rampas 5,500 liter diesel dalam serbuan di Jenderata

KPDN Perak rampas 5,500 liter diesel dalam serbuan di Jenderata

31
0
Kamalludin memeriksa lori tangki yang dirampas dalam kegiatan penyelewengan diesel di sebuah stor haram di Kampung Melayu Jenderata, Hutan Melintang pada Selasa. Foto KPDN Perak

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 5,550 liter diesel dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Melayu Jenderata dekat Hutan Melintang semalam.

Pengarah KPDN negeri Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan pada 12.18 tengah hari itu dibuat berdasarkan risikan selepas pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah lori memasuki premis berkenaan sejak seminggu lepas.

Beliau berkata serbuan menerusi Op Tapis 3.0 itu kemudian menemukan 5,500 liter cecair disyaki minyak diesel dalam sebuah tangki di premis berkenaan dan 50 liter lagi di dalam tong dram.

“KPDN menahan dua lelaki tempatan iaitu pemandu lori serta pemilik premis berusia 53 tahun kerana gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

INFO: Bila munafik berbicara…

“Turut disita sebuah lori tangki, kereta pacuan empat roda, satu unit tangki, tong dram dan pam elektrik yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM280,539,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata pihaknya juga akan membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 9(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 ke atas syarikat pembekal barang kawalan minyak diesel itu kerana disyaki membekalkan barang kawalan kepada orang yang tidak mempunyai lesen atau permit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here