Home Ekonomi Koordinasi mantap diperlu bangunkan usahawan bumiputera – PM

Koordinasi mantap diperlu bangunkan usahawan bumiputera – PM

3
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon di Putrajaya pada 13 Ogos 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata koordinasi yang lebih mantap antara pelaksana inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera amat penting, bagi memastikan setiap usaha dilaksanakan secara berfokus, saling melengkapi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata perkara itu ditekankan ketika menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon dan delegasi, hari ini.

“Dalam pertemuan ini, saya menegaskan rasional dan ketetapan kerajaan berhubung agenda pembangunan Bumiputera yang perlu difahami dan dihayati oleh semua persatuan, termasuk PERDASAMA.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon di Putrajaya pada 13 Ogos 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

“Kerajaan menyambut baik cadangan inisiatif yang diutarakan PERDASAMA, dan saya yakin kerjasama strategik ini akan memberikan impak yang lebih besar dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera serta memperluas peluang ekonomi negara,” ujar Anwar.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah persatuan yang menghimpunkan 27,263 syarikat Bumiputera, PERDASAMA telah memainkan peranan penting dalam menggembleng tenaga, kepakaran dan jaringan dalam kalangan ahlinya.