Home Negeri ‘Kesian Azmin macam keseorangan’

‘Kesian Azmin macam keseorangan’

25
0
Kurang 10 jam lagi kempen berakhir namun Azmin dilihat keseorangan terkapai-kapai mencari resipi kemenangan. 📸 Nor Azura

BATU PAHAT – Berbaki kurang 10 jam lagi sebelum tirai kempen dilabuhkan, seorang pemimpin Umno menyifatkan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah tiada hala tuju sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi turut mendakwa, Pengarah Bilik Gerakan Utama PN bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti keseorangan dan masih terkial-kial mencari isu dengan tempoh kempen berbaki beberapa jam lagi lagi.

“Coach Haizan adalah calon pilihan Azmin. Tinggal satu hari sahaja lagi baki untuk kempen. Hanya Azmin nampak bersungguh sungguh. Pas jelas menjauhkan diri.

“Azmin terkial-kial mencari isu. Mujur ada Chegu Bard pakar cerita palsu untuk spin isu peribadi calon dan UMNO kononnya diresapi komunis.

“Kali ini PN mati akal nak main isu ekonomi,” katanya menerusi hantarab di Facebook beliau, hari ini.

Menurut Puad, ini kali pertama kempen PN tiada hala tuju.

“(Tan Sri) Annuar Musa jurucakap Pas memuji muji kerajaan Johor,” ujarnya.

Puad berkata, kini PN hanya mengharap majoriti Barisan Nasional (BN) tidak melebihi majoriti lalu dan kalau boleh tidak melepasi angka 10,000.

“Paling PN takut, Mahkota jadi Tanjung Piai 2.0. Giliran Bersatu dan Pas pula pecah,” katanya.

Esok, seramai 61,397 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK DUN Mahkota.

Pengundi mempunyai pilihan sama ada calon BN Syed Hussien Syed Abdullah atau wakil PN Mohamad Haizan Jaafar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here