Home Nasional KEADILAN Titiwangsa sambut baik pelantikan Nurul Izzah, Saifuddin Nasution

KEADILAN Titiwangsa sambut baik pelantikan Nurul Izzah, Saifuddin Nasution

33
0
KEADILAN Cabang Titiwangsa mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan Saifuddin yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bersama bagi KEADILAN sesi 2025-2028.

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Titiwangsa merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bersama-sama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seperti yang diputuskan Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi sesi 2025-2028 hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Ketua Penerangannya Zulimran Nasution Abdullah Omar berkata, KEADILAN Titiwangsa juga menyambut baik pelantikan semula Datuk Dr Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang kekal dengan jawatan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung KEADILAN.

“Selain itu, KEADILAN Titiwangsa turut mengalu-alukan pelantikan semula Datuk Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan KEADILAN dan Datuk Mustapha Sakmud yang kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri Sabah.

“Adalah diharapkan dengan pelantikan-pelantikan yang diputuskan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, pentadbiran baharu parti akan terus ditambah baik dan diperkasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Biro Politik dan MPP KEADILAN bermesyuarat buat kali pertama sejak dipilih pada Pemilihan KEADILAN 2025 yang diadakan pada 23 Mei lalu.