Home Global Isteri kantoikan gambar intim suami dengan skandal di laman sosial

Isteri kantoikan gambar intim suami dengan skandal di laman sosial

22
0
GAMBAR telefon bimbit yang didakwa dipecahkan suami wanita itu. 📸 Facebook

SINGAPURA – Seorang wanita bertindak mendedahkan gambar yang didakwa hubungan sulit suaminya dengan wanita lain di platform Facebook, lapor portal berita MS News kelmarin.

Pada Khamis lalu, wanita itu berkongsi sejumlah gambar di platform itu, memaparkan suaminya bersama seorang wanita tidak lain dalam keadaan intim.

Beberapa keping gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan mencium dan memeluk wanita tersebut, manakala imej lain menunjukkan mereka makan bersama.

Dalam salah satu hantaran di Facebook, dia meninggalkan komen: “Itulah wanita yang memecahkan keluarga kami.”

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kekasih gelap tersebut.

Secara berasingan, tangkap skrin mesej teks antara wanita berkenaan dan suaminya turut dikongsi di laman web dan kemudian disiarkan di platform r/SingaporeRaw.

Kelmarin, wanita itu berkongsi gambar telefon bimbitnya yang rosak. Wanita itu berkata, suaminya telah ‘memecahkan’ telefon bimbit tersebut selepas mendapati dia mengetahui tentang hubungan sulit itu.

“Suami saya fikir dengan berbuat demikian, boleh memadamkan semua bukti hubungan sulitnya,” tulis wanita sama.

Hantaran itu bagaimanapun telah dipadamkan, manakala suaminya itu tidak lagi disenaraikan sebagai memegang jawatan timbalan guru besar sebuah sekolah rendah.

Menjawab pertanyaan MS News, Kementerian Pendidikan Singapura berkata, pihaknya menyedari perkara itu dan sedang menelitinya. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here