Home Nasional Banteras rasuah kekal keutamaan kerajaan – PM

Banteras rasuah kekal keutamaan kerajaan – PM

24
0
Perdana Menteri menyampaikan ucap tama pada acara Invest Malaysia 2024 @ Iskandar Puteri, di sini, hari ini. 📸 Raja Jaafar Ali

ISKANDAR PUTERI – Usaha membanteras isu rasuah kekal menjadi keutamaan kerajaan.

Ia bagi memastikan negara mencapai kecekapan dan ketelusan yang lebih baik, terutamanya dalam aktiviti perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kestabilan diperoleh akan membolehkan kerajaan mempunyai tadbir urus lebih baik.

Ini sekaligus dapat membersihkan imej negara yang dikaitkan dengan rasuah tahap tinggi dan tadbir urus yang lemah.

Perdana Menteri menyampaikan ucap tama pada acara Invest Malaysia 2024 @ Iskandar Puteri, di sini, hari ini. 📸 Bernama

“Kekuatan ini digunakan untuk memastikan kita mempunyai tadbir urus yang lebih baik. Adakalanya ada beberapa pihak yang berlebihan dari segi rasuah dan mempunyai tadbir urus yang lemah.”

“Dalam kerajaan ini, kita mesti kekal konsisten untuk memastikan usaha membanteras rasuah itu berterusan. Tadbir urus yang baik merupakan langkah berkesan dalam memimpin negara.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Invest Malaysia Iskandar 2024 di Iskandar Puteri, Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here