Home Terkini ‘Angpau’ hilang di Jakarta

‘Angpau’ hilang di Jakarta

39
0
Pearly (kanan) dan Thinaah akur dengan kehebatan pasangan Korea Selatan. Foto Bernama

JAKARTA – Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mendapatkan hadiah sempena Tahun Baharu Cina 2025 tidak kesampaian apabila tewas di pentas final Masters Indonesia, sebentar tadi.

Turun selaku pemain pilihan utama, Pearly-Thinaah bermula kurang baik apabila tewas pada awalnya sebelum bangkit di set kedua namun terpaksa akur kalah di set penentuan kepada lawan dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 12-21, 21-17, 18-21 dalam masa 74 minit.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, hari ini, Hye Jeong-Hee Yong beraksi cukup baik di set pertama dan terus menjarakkan kedudukan untuk menang namun wakil negara itu memperkemaskan kembali prestasi mereka dan berjaya mengheret perlawanan ke rubber set.

Di set ketiga, permainan berlangsung lebih sengit apabila Pearly-Thinaah dan Hye Jeong-Hee Yong saling berkejaran mata tetapi akhirnya, mata kejuaraan menjadi milik gandingan Korea itu.

Meskipun tewas, pasangan negara itu membawa pulang AS$ 18,050 (RM79,022) selaku naib juara sementara wakil Korea, AS$ 375,525 (RM164,284) selaku juara.

Untuk rekod, kedua-dua pasangan pernah bertemu di separuh akhir Terbuka India tetapi kemenangan memihak kepada Hye Jeong-Hee Yong.

Kali terakhir Pearly-Thinaah muncul juara adalah Terbuka Hong Kong pada September tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here