Home Nasional Agong terima menghadap PM di Istana Negara

Agong terima menghadap PM di Istana Negara

37
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Ahad. 📸 FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Istana Negara.

Walaupun hari ini merupakan hari Ahad yang lazimnya menjadi waktu berehat, Seri Paduka Baginda tetap menjalankan tugas rasmi seawal jam 7 pagi di pejabat Baginda di Istana Negara.

“Seawal 7 pagi, Seri Paduka Baginda menerima menghadap pegawai-pegawai kanan Istana Negara sebelum menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kebiasaannya Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat kabinet mingguan bagi sembah maklum perkembangan terkini kerajaan serta hal ehwal pentadbiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here