Home Nasional Isytihar harta, MP ada pandangan masing-masing

Isytihar harta, MP ada pandangan masing-masing

17
0
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, setiap ahli Parlimen mempunyai hak bersuara dan menyatakan pandangan mereka masing-masing.

KUALA LUMPUR – Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menjelaskan tidak timbul isu berkaitan Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang mencadangkan penjawat awam untuk mengisytiharkan harta kerana setiap Ahli Parlimen boleh menyatakan pandangan mereka.

Jelas Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, setiap ahli Parlimen mempunyai hak bersuara dan menyatakan pandangan mereka masing-masing.

“Sudah ramai sebenarnya Ahli Parlimen isytihar aset mereka, saya sendiri sudah declare (isytihar) sebelum ini dan itu tidak menjadi isu.

Perbincangan mungkin dalam konteks apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang berkait penjawat awam itu adalah pandangan MP Subang itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan bekas Ahli Parlimen Bangi yang mempersoalkan wakil rakyat Subang yang mendesak penjawat awam mengisytiharkan aset dan bukannya menteri atau Ahli Parlimen baru-baru ini.

Terdahulu, Wong menyarankan hakim dan anggota perkhidmatan awam, termasuk para ketua setiausaha kementerian dan timbalan masing-masing, mengisytiharkan harta bagi meningkatkan ketelusan dan memupuk keyakinan.

Tambah Fahmi, untuk memperkenalkan semula portal pengisytiharan harta seperti yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) pada 2020, katanya kabinet masih belum membincangkan perkara itu.

“Perkara tersebut masih belum dibincangkan,” jelasnya.

Sebelum ini, ketika kerajaan PH di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan portal yang memaparkan jumlah pendapatan bulanan dan aset yang diisytiharkan oleh ahli parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here