Home Kes Suspek dari Kedah, Kelantan rogol remaja bergilir-gilir

Suspek dari Kedah, Kelantan rogol remaja bergilir-gilir

30
0
Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata empat suspek masing-masing berusia 20 hingga 25 tahun ditahan di Bayan Lepas dan Sungai Ara semalam selepas mangsa membuat laporan.

BALIK PULAU – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dikatakan bukan sahaja menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh sekumpulan tiga lelaki malah dia sempat dibawa suspek menyaksikan aksi lumba haram di kawasan Bayan Baru, Ahad lalu.

Dalam kejadian antara pukul 2 hingga 4 pagi itu, mangsa awalnya dipercayai dibawa suspek pertama yang dikenalinya ke sebuah rumah sewa di Jalan Sungai Ara di sini selepas mereka keluar meronda di kawasan Relau.

Difahamkan, kejadian rogol berlaku di kediaman sewa suspek yang tinggal bersama dua lagi rakannya.

Ketiga-tiga suspek itu dipercayai berasal dari Kedah dan Kelantan dan maklumat lanjut mereka sedang disiasat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, polis telah menahan empat lelaki berusia 20 hingga 25 tahun selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa mula mengenali suspek pertama berusia 24 tahun pada bulan April lalu setelah diperkenalkan oleh seorang kawan suspek pertama.

“Dia (mangsa) mendakwa tidak mengenali suspeko-suspek yang lain kecuali suspek pertama yang dipercayai teman lelakinya. Sejurus kejadian berlaku mangsa dihantar pulang ke rumah pada pukul 5 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here