Home Kata Anda PM Christopher Luxon optimis hubungan Malaysia-New Zealand diperkukuh

PM Christopher Luxon optimis hubungan Malaysia-New Zealand diperkukuh

43
0
Luxon amat menghargai kepelbagaian budaya dan kehidupan rakyat Malaysia semasa lawatan rasmi bertemu Anwar di Putrajaya. 📸 X ChrisLuxonMP

KATA ANDA – Lawatan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon yang meneroka perjalanan menggembirakan ke Malaysia pada Selasa dan kunjungannya bukan sahaja membabitkan urusan rasmi, tetapi turut mendalami budaya dan warisan sejarah negara termasuk menikmati hidangan tempatan.

Berbeza dengan lawatan rasmi pemimpin asing sebelum ini, lawatan Luxon menampilkan sesuatu yang benar-benar unik.

Interaksi Luxon dengan rakyat Malaysia turut menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk yang mengulas mengenai kemas kini akaun rasmi Luxon di platform X dengan berkata, “Saya suka PM baharu NZ. Sikap yang positif dan berinteraksi terus dengan orang ramai. Inilah caranya!”

Sambutan mesra diberi Anwar kepada Luxon sepanjang lawatan rasmi ke Malaysia mengeratkan hubungan Malaysia-New Zealand bagi tahun-tahun mendatang. 📸 FB Anwar Ibrahim

Melawat tempat-tempat ikonik di Kuala Lumpur hingga berinteraksi dengan usahawan tempatan yang juga pempengaruh terkenal Khairul Aming, lawatan Luxon menonjolkan kepentingan strategik Malaysia terhadap masa depan New Zealand di Asia Tenggara.

Dalam video berdurasi 51 saat yang dimuat naik di akaun X beliau, Luxon berkata lawatan itu memberi pandangan yang berharga mengenai peluang kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau menekankan kepentingan Asia Tenggara, khususnya Malaysia sebagai rantau utama bagi kepentingan ekonomi dan strategik New Zealand.

“Hampir 70 tahun berlalu, Malaysia masih berkembang dan terus mengorak langkah ke hadapan. Dua hari yang sangat bermakna di sini, melihat perniagaan New Zealand seperti Skyline Luge dan Jump Jam benar-benar berkembang di sini.

“Malaysia, bersama negara-negara Asia Tenggara yang lain menawarkan begitu banyak potensi untuk New Zealand, sama ada dalam perdagangan, pertahanan atau hubungan rakyat dengan rakyat.

“Adalah penting kita saling berhubung dan membina hubungan di sini,” katanya menerusi video itu.

Pemimpin itu juga menekankan keperluan penglibatan aktif New Zealand dengan pasaran antarabangsa yang dinamik untuk meningkatkan ekonomi domestiknya.

“Seperti yang sering saya katakan, New Zealand tidak akan menjadi lebih kaya hanya dengan menjual barangan sesama sendiri. Kita perlu keluar, berusaha dan berdagang dengan pasaran yang dinamik seperti ini.

“Semakin berjaya kita di luar negara, semakin kukuh ekonomi kita di dalam negara, dengan lebih banyak pelaburan, pendapatan lebih tinggi dan perkhidmatan awam yang lebih baik seperti kesihatan dan pendidikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here