
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan membawa cucunya ke pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini bagi memberi gambaran mengenai tanggungjawab yang digalas sebagai pemimpin negara.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkongsi detik bersama cucu-cucunya selepas mereka merungut kerana beliau jarang berada di rumah disebabkan komitmen kerja.

“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Mereka tak tau tugas untuk negara tidak mudah.
“Lantaran itu saya bawa mereka ke pejabat tengok saya bekerja,” katanya.
Beberapa keping gambar cucunya melihat persekitaran Putrajaya dari ruang pejabat Perdana Menteri turut dikongsikan sambil wajah ceria dapat berada di dalam pejabat setelah lebih dua tahun datuk mereka menjadi pemimpin nombor satu negara.