Home Nasional PM ucap selamat menyambut Good Friday dan Easter Sunday

PM ucap selamat menyambut Good Friday dan Easter Sunday

30
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Good Friday dan Easter Sunday kepada penganut Kristian. 📸 FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut perayaan Good Friday dan Easter Sunday kepada semua penganut Kristian yang meraikannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengajak seluruh rakyat untuk menyemai semangat kasih sayang serta saling menghargai dengan menyampaikan ucapan yang bermakna kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini.

“Semoga keharmonian yang kita kecapi terus terpelihara, dan kemajmukan masyarakat kita menjadi kekuatan yang menyatukan,” katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini, manakala Easter Sunday akan disambut pada 20 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here