Home Nasional PM lawat Thailand bincang usaha pembersihan, pendalaman Sungai Golok

PM lawat Thailand bincang usaha pembersihan, pendalaman Sungai Golok

28
0
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Bangkok minggu ini bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawatnya di Thailand, Paetongtarn Shinawatra bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan usaha membersih dan mendalamkan Sungai Golok.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat yang diadakan selepas lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia itu juga melibatkan perbincangan mengenai kerja-kerja tebatan dan pengorekan sungai yang merintangi kawasan berpenduduk di kedua-dua negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga kementerian kewangan di Kementerian Kewangan Putrajaya pada 14 April 2025. 📸 FB Anwar Ibrahim

“(Kerja-kerja) Pengorekan dan pembersihan Sungai Golok ini (perlu)… yang menyebabkan banjir di kawasan selatan Thailand dan Kelantan,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here