Home Nasional PM selar pihak tunggang isu kuil, abang belon

PM selar pihak tunggang isu kuil, abang belon

26
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak menunggang isu kuil dan peniaga belon sebagai bahan politik.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mendakwa ada pihak cuba menggambarkan seolah-olah perang akan berlaku susulan isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

“Kita kadang-kadang terlalu diheret oleh media sosial kerana mereka suka sensasikan hal yang kecil, yang kita boleh tangani dengan baik, dijadikan besar seolah-olah perang akan berlaku.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

“Jakel kena beli oleh Hindu. Jangan berikan ruang kerana sesetengah orang dia bebal dan tidak fikir kepentingan umum. Semuanya mahu dipolitikkan dengan cara menghukum.

“Bila tak setuju, kita semuanya (jadi) kafir dan munafik, semuanya jahat,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta para pegawai kanan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here