Home Kes 60 maut lori tangki minyak meletup

60 maut lori tangki minyak meletup

47
0
Aksi anggota bomba memadamkan api dari lori tangki yang meletup di Suleja, Nigeria. Foto AP

LAGOS – Sekurang-kurangnya 60 orang terkorban manakala ramai lagi cedera apabila sebuah tangki minyak meletup di bahagian utara Nigeria pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pegawai kanan negara itu.

Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Negeri Niger, Kumar Tsukwam mengesahkan insiden yang berlaku di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.

Beliau memaklumkan bahawa ramai mangsa cedera ketika cuba mengambil minyak dari tangki yang tumpah di jalan raya.

“Setakat ini, 60 mayat ditemukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan FRSC dan agensi-agensi lain masih berada di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger (NSEMA), Abdullahi Baba-Arah menjelaskan bahawa insiden berlaku apabila sebuah tangki minyak bertembung dengan tangki lain dan kemudiannya cuba memindahkan minyak.

Semasa proses itu, petrol dipercayai terkena sebuah generator yang digunakan untuk memindahkan minyak, menyebabkan letupan yang mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here