Home Kes Zamri Vinoth masuk ‘dalam’ dua hari

Zamri Vinoth masuk ‘dalam’ dua hari

15
0
Zamri Vinoth direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan berhubung komen jelik di Facebook.

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Zamri Vinoth direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung satu catatan Facebook yang didakwa menghina agama dan menggugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Kangar Perlis, kira-kira 9.30 pagi tadi.

“Suspek direman dua hari bermula hari ini sehingga esok,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.

Semalam, media melaporkan suspek ditahan pada 3.30 petang di Kangar, Perlis.

Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 62 tahun mengenai satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth yang dipercayai berhubung isu sebuah kuil yang mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

Beliau dipetik sebagai berkata, pengadu mendapati komen berkenaan diletakkan pada artikel berita mengenai hasil rundingan penempatan semula tapak baharu kuil berkenaan.

Berikutan itu, polis menahannya dan merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here