Home Kes Ular sawa 240 kilo ‘ngap’ ibu dan anak kambing!

Ular sawa 240 kilo ‘ngap’ ibu dan anak kambing!

45
0
Anggota bomba bergambar dengan ular sawa batik yang menelan ibu dan anak kambing pada Ahad. 📸 Bomba Kelantan

KUALA KRAI – Seekor ular sawa batik dianggarkan sepanjang 7 meter dan seberat 240 kilogram (kg) berjaya ditangkap selepas membaham seekor ibu dan dua anak kambing milik penduduk Kampung Ngangah, di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada seorang penternak pada jam 7.15 pagi.

Beliau berkata, penternak itu memaklumkan ular berkenaan berada dalam kandang kambing di tepi rumah miliknya dan telah menelan ibu serta dua anak kambing.

“Sebaik saja menerima laporan itu, tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.

“Pasukan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu yang kekenyangan setelah menelan ibu serta dua anak kambing,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ular itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kuala Krai untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here