Home Global Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa gempa bumi Nepal

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa gempa bumi Nepal

27
0
Gempa bumi di Nepal dengan magnitud 6.5 menggegar kawasan radius 60 kilometer pada Selasa. 📸 AFP

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84 kilometer (km) dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di Nepal supaya kekal berwaspada, mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati dalam menghadapi situasi selepas gempa bumi.

Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular serta kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan.

Dalam kejadian itu, dilaporkan lebih 70 mangsa maut manakala ribuan lain cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here