Home Global Rundingan Malaysia-AS merangkumi perjanjian dua hala – MITI

Rundingan Malaysia-AS merangkumi perjanjian dua hala – MITI

27
0
Tengku Zafrul mengadakan pertemuan Setiausaha Perdagangan AS (US Secretary of Commerce), TYT Howard Lutnick untuk memajukan hubungan ekonomi strategik Malaysia-AS di Washington. 📸 FB Tengku Zafrul

WASHINGTON – Malaysia menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam empat bidang utama – mengurangkan defisit dagangan, menangani halangan bukan tarif, memperkukuh perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya pada Jumaat berkata, Malaysia turut berkongsi kesediaannya untuk terus bekerjasama dengan AS bagi mencapai penyelesaian dipersetujui bersama membabitkan perkara tarif timbal balas yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia untuk bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Duta Besar Jamieson Greer di Washington DC pada Khamis yang membabitkan isu tarif timbal balas dikenakan ke atas Malaysia.

Tengku Zafrul mengadakan pertemuan Setiausaha Perdagangan AS (US Secretary of Commerce), TYT Howard Lutnick untuk memajukan hubungan ekonomi strategik Malaysia-AS di Washington. 📸 FB Tengku Zafrul

“Malaysia berpendapat optimis mengenai pemberhentian (penangguhan) sementara selama 90 hari baru-mengenai pelaksanaan langkah tarif baru-baru ini dan menganggapnya sebagai satu peluang untuk libat urus secara membina dengan pihak AS.

“Selain itu, Malaysia juga menyatakan secara terbuka bahawa ia tidak akan mengambil tindakan balas terhadap AS, namun bersedia untuk bekerjasama bagi mencapai persetujuan bersama mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh pentadbiran Trump,” katanya.

Menjelaskan selanjutnya, MITI berkata, dalam kedua-dua mesyuarat itu, penekanan diberikan ke atas peranan AS yang selama ini dan akan terus menjadi antara rakan ekonomi Malaysia yang utama serta strategik.

Peranan itu, kata MITI, jelas terbukti apabila syarikat-syarikat AS sejak beberapa dekad lamanya memberi sumbangan besar terhadap ekonomi Malaysia, malah hubungan itu memberi manfaat ketara ke atas perniagaan dan barisan pekerja di kedua-dua negara.

“Pada masa sama, kita turut mengetengahkan prestasi perdagangan dua hala kukuh sejak 10 tahun lepas yang menjadi lebih seimbang, terutama apabila defisit dagangan dicatatkan AS menunjukkan arah aliran penurunan, sekali gus mencerminkan perubahan bermanfaat dalam perdagangan dua hala,” katanya.

Sehubungan itu, MITI berkata, Malaysia akan terus meninjau kaedah alternatif bagi menangani kebimbangan AS selain memastikan kelangsungan aliran perdagangan Malaysia-AS yang memberi manfaat bersama.

Sementara itu, berkongsi sentimen sama, Tengku Zafrul menyifatkan pertemuan pertama dengan Lutnick dan Greer sebagai “langkah pada haluan yang tepat.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here