Home Kes Rumah tingkat satu terbakar, penghuni selamat

Rumah tingkat satu terbakar, penghuni selamat

10
0
Sebuah rumah di tingkat satu Flat Sri Taman Batu 3, Sandakan musnah dalam kebakaran.

SANDAKAN – Sebuah rumah di tingkat satu, Flat Sri Taman Batu 3, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran itu membabitkan sebuah rumah di tingkat satu Flat Sri Taman Batu 3, di sini.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera bomba dan berjaya menyelamatkan rumah berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran hanya membabitkan kemusnahan harta benda sahaja dan semua penghuni rumah berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.33 petang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here