Home Nasional Pertemuan PM, CEO Masdar tumpu tenaga mampan, bersih

Pertemuan PM, CEO Masdar tumpu tenaga mampan, bersih

35
0
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi sempena lawatan kerja ke Emeriah Arab Bersatu (UAE). 📸 TV3

ABU DHABI – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi sempena lawatan kerja selama tiga hari ke Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Pertemuan antara Perdana Menteri dengan pengurusan Masdar ini penting kerana ia merupakan syarikat tenaga bersih dan pembangunan mampan yang berpusat di UAE.

Hadir sama dalam pertemuan itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pesawat membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar tiba di Abu Dhabi dalam rangka lawatan ke UAE selama tiga hari. 📸 RTM

Ditubuhkan pada tahun 2006, Masdar adalah anak syarikat Mubadala Investment Company yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Abu Dhabi.

Masdar memainkan peranan penting dalam menyokong UAE untuk mencapai matlamat tenaga bersih serta menyumbang kepada agenda pembangunan mampan global.

Syarikat berkenaan memberi tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bandar mampan dan inovasi teknologi hijau.

Dengan kepakaran dalam sektor tenaga bersih dan pembangunan lestari, Masdar telah melaksanakan projek di lebih 40 negara merentasi enam benua dengan kapasiti gabungan melebihi 31.5 gigawatt.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here