Home Global Pemandu melopong trak pikap dan wang tunai RM500 ribu lesap

Pemandu melopong trak pikap dan wang tunai RM500 ribu lesap

25
0
Thongcai terlelap semasa memandu menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam kolam bersama wang tunai yang mahu diserahkan kepada Sawitree. 📸 Matichon

BANGKOK – Seorang pemilik lori terpaksa berputih mata selepas seorang broker memandu sebuah trak pikap dan menenggelamkan kenderaan itu bersama-sama wang tunai berjumlah 4.2 juta baht (RM544,196.46) di dalam sebuah kolam, lapor saluran berita Thaiger semalam.

Kira-kira 400,000 baht (RM51,812) berjaya ditemukan setakat ini, manakala usaha mencari baki 3.8 juta baht (RM492,218.96) sedang giat dijalankan.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan) berhadapan Wat Huay Khanang di wilayah Uthai Thani pada 14 September lalu.

Sawitree Ruammaitri, 42, berkata, dia baru-baru ini menjual dua buah treler kepada seorang broker bernama Thongcai Wongsuwan, pada harga lebih 5 juta baht (RM647,628.79).

Thongchai mewakili pembeli tersebut.

Pembeli telah membuat bayaran deposit sebanyak 120,000 baht (RM15,537), manakala selebihnya akan dibayar secara tunai.

Thongcai dilaporkan terlelap semasa memandu trak pikap bersama-sama wang tunai untuk diserahkan kepada Sawitree.

Pikap yang dipandunya terjunam ke dalam kolam bersama-sama wang tunai yang dibawa.

“Penyelam dipanggil untuk membantu mendapatkan kenderaan dan wang yang tenggelam. Mereka kemudian menemui wang tunai dalam dua kotak kadbod, setiap satu mengandungi 200,000 baht (RM25,892.26).

“Kami berada dalam keadaan terdesak dan cuba mendapatkan semula baki wang dari dalam kolam,” kata Sawitree.

Thongchai dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here