Home Global Mesyuarat khas bincang tarif timbal balik AS – PM

Mesyuarat khas bincang tarif timbal balik AS – PM

27
0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah membincangkan tarif AS dengan Perdana Menteri Thailand dan Indonesia.

KAJANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas petang ini dengan pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan tarif 24% yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia berkuat kuasa 9 April nanti.

Anwar mengakui Malaysia akan terjejas dengan “tarif timbal balik” AS, tetapi menegaskan kadar itu lebih rendah daripada yang dikenakan kepada kebanyakan negara jiran Malaysia.

“Walaupun tarifnya tinggi, ia masih lebih rendah daripada apa yang dihadapi sesetengah jiran kita. Itulah sebabnya kami memutuskan untuk berhubung dengan mereka (jiran serantau Malaysia).

“Saya telah bercakap dengan kepimpinan Thailand, kemudian dengan Indonesia dan saya akan berbincang dengan presiden Filipina dan Singapura,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di sini.

Trump menunjukkan carta tarif pada acara Make America Wealthy Again di White House di Washington, DC kelmarin. 📸 AFP

Anwar berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz sudah menghubungi rakan serantau Malaysia dan akan menghadiri mesyuarat menteri perdagangan Asean Khamis depan untuk menyelaraskan maklum balas.

“Petang ini, saya akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai tarif AS. Saya telah mengarahkan semua menteri berkaitan, Bank Negara Malaysia dan Hassan Marican untuk turut serta. Kami akan mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat itu.”

Hassan mempengerusikan jawatankuasa menasihati perdana menteri mengenai dasar kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here