Home Global Makin kaya, makin miskin?

Makin kaya, makin miskin?

26
0
Satu peratus penduduk dunia paling kaya itu memperoleh kekayaan sebanyak AS$33.9 trilion (RM143 trilion).

LONDON – Kekayaan 3,000 bilionair di seluruh dunia melonjak AS$6.5 trilion (RM27.4 trilion) sepanjang dekad lalu, demikian menurut pertubuhan kebajikan Oxfam seperti laporan akhbar Guardian kelmarin.

Ia bersamaan dengan 14.6 peratus daripada pengeluaran global.

Secara keseluruhan, satu peratus penduduk dunia paling kaya itu memperoleh kekayaan sebanyak AS$33.9 trilion (RM143 trilion).

Menurut Oxfam, angka itu sudah cukup untuk membasmi kemiskinan global sebanyak 22 kali.

Di Britain, bilangan bilionair berkembang pesat, daripada 15 orang pada 1990 kepada 165 pada 2024, demikian menurut angka berasingan daripada Equality Trust.

“Bilionair membayar kadar cukai cuma hampir 0.3 peratus daripada kekayaan mereka, jauh di bawah purata sumbangan pekerja biasa,” kata Oxfam.

Badan amal itu menyeru Britain bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menentang ‘ketidaksamaan melampau’, dengan kekayaan swasta berkembang lapan kali lebih cepat berbanding kekayaan bersih kerajaan antara tahun 1995 hingga 2023.

“Kerajaan perlu mengenakan cukai lebih adil bagi wang bertrilion-trilion dolar disimpan dalam akaun bank milik individu-individu paling kaya (bilionair).

Tahun lepas Sepanyol, Brazil, Jerman dan Afrika Selatan menandatangani usul pada sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20) untuk mengenakan cukai minimum dua peratus ke atas golongan kaya raya bagi mengurangkan ketidaksamaan dan mengumpul dana awam. – AGENSI