Home Terkini Maestro tersohor India adakan kunjungan hormat ke atas PM

Maestro tersohor India adakan kunjungan hormat ke atas PM

38
0
Anwar menerima kunjungan legenda muzik India, maestro Ilaiyaraaja di pejabatnya hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan legenda muzik India, maestro Ilaiyaraaja di pejabatnya di sini hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau berbesar hati menerima kunjungan komposer tersohor itu yang akan mengadakan konsert mega di ibu negara esok, dan kedua-duanya membincangkan keperluan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi seni dan budaya antara Malaysia dan India.

“Kami turut menyingkap kisah-kisah lama terkait industri perfileman dan muzik di India yang banyak memberi kesan kepada peminat di Malaysia.

Anwar menerima kunjungan legenda muzik India, maestro Ilaiyaraaja di pejabatnya hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

“Saya juga maklumkan bahawa Malaysia akan terus menghargai serta mengangkat seni dan budaya yang menjadi simbol kepada kepelbagaian dan keharmonian yang kita raikan bersama selama ini,” kata beliau.

Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Ilaiyaraaja untuk konsert yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dan berharap ia menjadi satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan seni pengarah muzik Tamil veteran itu.

Selepas tiga tahun, Ilaiyaraaja kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat tempatan menerusi konsert mega Raaja Rhapsody. Dikenali sebagai “ensiklopedia muzik hidup”, legenda berusia 82 tahun itu bakal memukau hati pendengar dengan lagu-lagu yang melangkaui generasi.

Anwar menerima kunjungan legenda muzik India, maestro Ilaiyaraaja di pejabatnya hari ini. 📸 FB Anwar Ibrahim

Raaja Rhapsody bakal menampilkan sebuah orkestra megah yang menghimpunkan lebih 60 pemuzik profesional dari India dan Budapest, Hungary.

Malah, buat pertama kalinya dalam sejarah, gabungan muzik epik itu akan dipimpin sendiri oleh Ilaiyaraaja di pentas Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here